Selamat Datang Ke Laman Askar Wataniah Kolej Universiti TATi

Ahad, 22 Februari 2009

HARI ULANGTAHUN REJIMEN 512 AW

Hari Ulangtahun Rejimen 512 yang sepatutnya disambut pada 2 Februari 2009 telah di adakan pada 21 Februari 2009 yang lepas di Batalion 1 Kem Padang Midin.

Upacara penuh istiadat rejimental itu telah dirasmikan oleh Panglima Briged Datuk Che Mat B. Jusoh yang melibatkan 5 pegawai dan 90 anggota LLP

BN3 (Kem Bukit Kuang) Menghantar 22 Anggota LLP menyertai perbarisan penuh istiadat tersebut. 13 Daripadanya adalah anggota dari TATiUC.

Justeru itu, seorang anggota tetap dari BN3, Lans Koperal Fadhli telah dinaikkan pangkat ke Koperal. Pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Panglima Briged.
"TAAT DAN BERSEDIA SETIAP MASA"